Program Komuniti

PROGRAM KOMUNITI CELIK ICT

             PROGRAM KOMUNITI CELIK ICT             
Program Komuniti Celik ICT anjuran Unit Kokurikulum dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Kota Bharu bersama murid-murid Sekolah Kebangsaaan Kok Lanas telah diadakan pada 9 Mac 2013 di GCL 2, Politeknik Kota Bharu. Program selama sehari ini telah disertai oleh seramai 35 orang pelajar AR 201 Kokurikulum (Komputer) dan 35 orang murid-murid Tahun 4 dan 5 Sekolah Kebangsaan Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan bersama tiga orang guru pengiring. Program ini sepenuhnya dikendalikan oleh pelajar AR 201 dan dipantau oleh dua orang pensyarah kursus tersebut dengan bantuan empat orang ahli jawatankuasa yang lain. Program yang dilaksanakan dalam suasana yang penuh santai ini mengandungi  tiga modul utama iaitu Mari Melukis Menggunakan Paint, Mari Menulis Menggunakan Word dan Mari Bercerita Menggunakan Power Point ini telah memberi peluang kepada pelajarAR 201  untuk mempraktikkan ilmu pengkomputeran yang telah dipelajari di dalam kelas di samping mendedahkan mereka kepada program khidmat masyarakat seterusnya membentuk keyakinan diri dan jati diri pemimpin mereka. Program ini juga telah memberi pendedahan kemahiran asas ICT kepada  murid-murid sekolah. Diharap program sumpama ini  tidak akan terhenti setakat ini sahaja dan  akan diteruskan pada masa akan datang demi kebaikan bersama.

No comments:

Post a Comment